Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Mourinho, Pogba kembali jadi tumpuan

    MANCHESTER, 30 Mac – Hubungan dingin Jose Mourinho dengan pemain termahal Manchester United, Paul Pogba sekali lagi menjadi tumpuan apabila aksi Liga Perdana Inggeris kembali bersambung selepas tamat perlawanan antarabangsa.

    Skuad Mourinho yang tidak beraksi dua minggu sejak menang perlawanan suku akhir Piala FA menentang Brighton akan menentang pasukan bawahan, Swansea esok dan pengurus United itu belum pasti menurunkan Pogba dalam kesebelasan utama.

    Pogba tersisih dalam tiga perlawanan sebelum ini termasuk aksi suku akhir Piala FA, menentang Sevilla dalam Liga Juara-Juara dan aksi liga menentang musuh tradisi, Liverpool.

    Prestasi pemain berusia 25 tahun itu tidak konsisten selepas sukar menyesuaikan diri dengan sistem yang diterapkan pengurus dari Portugal itu.

    Gambar fail pada 2 Disember 2017 menunjukkan Mourinho bercakap bersama Pogba dalam perlawanan menentang Arsenal di Stadium Emirates. Hubungan dingin kedua-dua nama besar itu kembali menjadi tumpuan apabila aksi Liga Perdana Inggeris kembali hujung minggu ini selepas tamat aksi antarabangsa. – AP

    Bagaimanapun, prestasi cemerlang Pogba ketika Perancis menang ke atas Rusia 3-1 dalam aksi pemanas badan Piala Dunia boleh membuka mata Mourinho untuk menyenaraikannya semula dalam kesebelasan menentang Swansea apatah lagi selepas pemain muda Scotland, Scott McTominay yang mengambil alih posisi pemain itu dalam tiga perlawanan sebelum ini mengalami kecederaan betis selepas tamat tugasan antarabangsa.

    Kemenangan di Rusia dibantu salah satunya sepakan percuma menarik Pogba, jaringan pertama pemain itu sejak kali terakhir melakukannya ketika United menewaskan Newcaste dalam aksi liga pada pertengahan November lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda