Kemelut antara penyanyi Shila Amzah dan ibunya iaitu Fauziah Sarman nampaknya sudah berakhir apabila anak-beranak itu akhirnya bertemu dalam satu majlis. Fauziah dilihat hadir ke majlis akikah cucunya yang juga merupakan anak kedua Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, iaitu Rhea Akira yang berlangsung pada Sabtu lepas. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fauziah di

