Monday, March 10, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Yusof Haslam dengan besan erat

    Perkongsian foto pelakon, Puteri Sarah Liyana menyambut ulang tahun keempat kelahiran anak keduanya iaitu Sumayyah pada Ahad lalu mencuri perhatian pengikut.

    Turut kelihatan dalam perkongsian itu ialah ibu bapa Puteri Sarah dan juga kedua mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta keluarga terdekat.

    Namun apa yang mencuri perhatian warganet ialah ketiadaan pengarah, Syamsul Yusof dalam majlis berkenaan.

    “Mana yang kata nak berdamai, birthday anak tak tunjuk muka pun.

    “Cakap nak jumpa berbincang dengan isteri tapi ulang tahun anak pun dia tidak ingat. Nasib baik ada datuk nenek yang selalu sayang dia,” antara komen warganet.

    Yusof Haslam dan besan tetap erat walaupun rumah tangga anak bergolak. – Agensi

    Dalam perkongsian lain, Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur apabila hubungan keluarganya dengan bapa mentua masih lagi erat walaupun berdepan kemelut rumah tangga yang belum berkesudahan.

    Malah dalam satu foto, Yusof Haslam dan bapa Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin dilihat berpegang tangan menunjukkan hubungan mereka masih lagi rapat.

    “Dua figura yang sangat saya hormati dan segani. Dua figura yang sentiasa jaga Sarah dan sayang Sarah.

    Besan’s for life, moga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat tidak kira apa pun yang terjadi pada masa hadapan.

    “Terima kasih kerana menghormati keputusan Sarah,” tulisnya.

    Sementara itu, Datin Patimah juga meletakkan harapan agar hubungan kekeluargaan mereka terus erat walau apa jua berlaku selepas ini.

    “Ya Allah semoga silaturahim ini kekal sehingga akhir hayat. Amin, amin, amin. Happy birthday Puteri Summayah,” tulisnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda