LONDON, 30 Mei – Ketibaan David Wagner di Huddersfield Town diterima dengan teruk, tetapi hanya selepas 18 bulan warga Jerman itu telah mendiamkan pengkritiknya dengan menerajui kenaikan kelab itu ke Liga Perdana.
Ketika Wagner ditarik daripada peranannya sebagai jurulatih pasukan kedua Borussia Dortmund oleh pemilik Huddesfield, Dean Hoyle pada November 2015, kebanyakan pundit menyatakan bahawa kurangnya pengalaman dalam Championship bermakna perlantikan itu akan menemui kegagalan.
Ia Holloway, yang ketika itu pundit televisyen dan kini menjadi pengurus Queens Park Rangers, melabelkan Huddersfield sebagai calon penyingkiran sejak bermulanya musim.
Tetapi Holloway dan pengkritik lain memandang rendah semangat perintis, watak inspirasi dan kehebatan taktikal Wagber.
Setelah menghidupkan semula pasukannya dengan barisan pemain-pemain muda yang ditandatanganinya menerusi pinjaman dari Liga Perdana, Wagner telah membalas kepercayaan Hoyle dengan cara yang terbaik di Wembley apabila Huddersfield menewaskan Reading 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat seri 0-0 untuk kembali ke liga utama Inggeris buat pertama kali dalam tempoh 45 tahun.

Memenangi kenaikan, yang bernilai 170 juta pound bagi Terriers, adalah detik manis untuk Wagner dan, diraikan oleh para pemainnya, dia tiba di sidang media selepas perlawanan bagi mengingatkan para pengkritiknya mengenai sejauh mana perjalannya dalam masa yang singkat.
“Semoga berjaya untuk musim depan Ian Holloway,” kata Wagner.
“Saya tahu ramai yang mengetepikan kami.
Saya gembira kerana membuktikan bahawa pengalaman bukan keutamaan, terutamanya di England. ” – AFP