Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Pasukan HufflePuff berjaya menjuarai Kejohanan Bola Jaring MNF Edisi kedua selepas menewaskan pasukan Gryffindor pada perlawanan akhir di Dewan Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Berakas.
Pasukan Ravenclaw dan Pasukan Bola Riuh masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat. Perlawanan akhir turut menyaksikan beberapa pemain menerima anugerah di mana Penyerang Terbaik diberikan kepada Dayang Nurul Nadia binti Noormasaidirwan dan Pertahanan Terbaik dimiliki oleh Dayang Siti Khadijah binti Haji Mokti dan Pemain Terbaik disandang oleh Dayang Nur Aqilah bin Haji Abdul Ghafar.
Kejohanan berkenaan memberikan peluang kepada peminat sukan bola jaring untuk menunjukkan bakat dan potensi di samping mendedahkan dan meningkatkan pengalaman mereka dalam menyertai sebarang kejohanan bola jaring.


