PELAKON, Hugh Grant telah menamatkan zaman bujang dengan penerbit televisyen Anna Eberstein pada 25 Mei lalu.
Majlis itu dilaksanakan dalam upacara sederhana dan dihadiri keluarga terdekat di Pejabat Pendaftar Chelsea, London.
Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta selama enam tahun dan mendapat tiga cahaya mata.
Bintang filem The Four Weddings and a Funeral itu sebelum ini merupakan seorang yang tidak percaya pada perkahwinan.
Sebelum bertemu Anna, Hugh bercinta dengan Elizabeth Hurley pada 1987 hingga 2000.
