KUALA LUMPUR, 13 JAN – Hujan berterusan dijangka melanda enam daerah di Johor sepanjang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Berdasarkan amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada jam 8.30 pagi tadi, kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.- Bernama