Tuesday, March 5, 2024
29.3 C
Brunei

    -

    Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak, Sabah sehingga 4 Februari

    KUALA LUMPUR, 1 FEB – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dan Sabah sehingga Ahad ini.

    MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Miri dan Limbang dalam tempoh Sabtu hingga Ahad ini manakala di Sabah membabitkan Sandakan meliputi Telupid, Kinabatangan serta Beluran dan Kudat sehingga Sabtu.

    Dalam pada itu, MetMalaysia turut memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pahang, Johor dan Sarawak sehingga petang ini.

    Di Pahang membabitkan Pekan dan Rompin, Segamat di Johor; Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) serta Kapit di Sarawak.

    Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

    Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara ancam ambil langkah ketenteraan

    SEOUL, 5 MAC - Korea Utara menggelar latihan ketenteraan Korea Selatan-Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlangsung sebagai plot untuk menyerang negara itu, kerana ia...