Thursday, January 30, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis

    KUALA LUMPUR, 28 JAN – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini (30 Januari).

    MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan Sarawak dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis manakala Sabah sehingga esok, Rabu (29 Januari).

    Di Sarawak, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri) sehingga Khamis.

    Sementara Kapit (Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru dan Marudi) diramal menerima hujan berterusan pada tahap waspada.

    Kawasan terlibat di Sabah meliputi Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat pula dijangka menerima hujan berterusan pada tahap waspada sehingga Rabu. – Bernama 

    Hujan di Sabah dan Sarawak dijangka berterusan. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda