Hujan, lahar hambat usaha pencarian mangsa hilang

LUMAJANG, INDONESIA, 8 DIS – Hujan lebat dan curahan lahar panas serta lumpur meluncur turun dari gunung berapi yang meletus di pulau Jawa Indonesia telah menghambat operasi mencari dan menyelamat lebih puluhan mangsa yang masih hilang, kata para pegawai hari ini.

Gunung Semeru meletus Sabtu lalu, mengorbankan 34 orang dengan abu membakar dan gas yang menyelimuti beberapa buah kampung sekitarnya. Seramai 16 lagi masih hilang.

“Hujan turun setiap hari. Situasi di cerun Semeru memerlukan kewaspadaan yang tinggi, masih ada tanda-tanda aktiviti gunung berapi,” kata Irwan Subekti, komander Perintah Tindak Kecemasan Bencana Gunung Semeru.

Lahar panas dari puncak gunung setinggi 3,676 meter masih lagi mengalir ke bawah. Hujan lebat dipercayai telah mencetuskan letusan bercampur lumpur gunung berapi dan membanjiri kampung-kampung yang diselubungi debu. Manakala jalan-jalan ditutup dan rumah-rumah terkubur dalam lapisan lumpur setinggi 1 meter. – AP

Seorang penduduk berpindah dari rumahnya yang musnah di kampung Curah Kobokan di Lumajang pada 8 Disember. – AFP