NAIROBI, 7 NOV – Hujan lebat dan banjir kilat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang dan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal di Kenya dan Somalia, lapor agensi bantuan kelmarin. Di Somalia, kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat negara selepas cuaca ekstrem membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan memusnahkan rumah, jalan raya dan jambatan. Pekerja kecemasan dan penyelamat cuba mencapai