Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat cetus amaran banjir kilat di timur laut AS

    NEW YORK, 15 JULAI – Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di New York dan New Jersey malam kelmarin telah mencetuskan amaran banjir kilat di sepanjang kawasan pantai timur Amerika Syarikat (AS), menyaksikan perjalanan besar-besaran terjejas dan kenderaan terperangkap.

    Gabenor New Jersey, Phil Murphy telah mengisytiharkan darurat dan menasihatkan orang ramai supaya kekal berada di dalam rumah.

    Pihak berkuasa di beberapa negeri termasuk Virginia, Maryland dan Pennsylvania turut mengeluarkan amaran mengenai keadaan jalan raya berbahaya berikutan risiko banjir kilat.

    Lapangan terbang JFK, LaGuardia dan Newark menangguhkan sementara semua pelepasan penerbangan semalam, mengakibatkan puluhan penerbangan dibatalkan.

    Pasukan penyelamat di Scotch Plains, New Jersey dilihat meredah arus banjir dengan peralatan keselamatan selepas beberapa pemandu terperangkap akibat arus deras secara tiba-tiba, menurut rakaman disiarkan CBS. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda