Friday, November 15, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat cetus banjir di 22 wilayah China Selatan

    NANNING, 16 JUN – Hujan lebat telah menyebabkan banjir di 22 sungai di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, lapor pusat hidrologi wilayah itu pada Ahad.

    Sebanyak 30 stesen hidrologi di 22 sungai di Guangxi melaporkan paras air antara 0.03 meter dan 2.63 meter melebihi paras amaran, lapor Xinhua memetik kenyataan pusat itu.

    Stesen hidrologi Hezhou di Sungai Hejiang melaporkan banjir terbesar dalam tempoh sedekad.

    Dari 8 pagi Sabtu hingga 8 pagi Ahad, hujan lebat melanda kira-kira setengah dozen bandar peringkat wilayah di Guangxi, termasuk Hechi, Liuzhou, Yulin, Hezhou dan Baise. – Bernama

    Gambar Canva

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda