ULAN BATOR, 24 JULAI – Banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat menyebabkan bangunan dan infrastruktur awam dan swasta di Ulan Bator rosak teruk, lapor Xinhua.
Ruang bawah tanah atau tingkat satu bangunan kediaman di seluruh Ulan Bator ditenggelami air, manakala jalan raya di beberapa lokasi turut terjejas, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang wanita terkena renjatan elektrik dan dimasukkan ke hospital selepas secara tidak sengaja menyentuh kabel elektrik di pusat bandar Ulan Bator.
Paras air di sungai-sungai utama di dalam dan sekitar bandar, seperti Tuul dan Selbe telah melebihi paras amaran. – Bernama
