Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Kejadian hujan lebat lewat semalam telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dan yang sering mengalami banjir terjejas oleh kejadian banjir kilat.
Hujan lebat yang turun telah menyebabkan beberapa buah kawasan di Daerah Brunei dan Muara mengalami masalah banjir kilat dan menyebabkan beberapa buah rumah di kawasan yang terjejas turut dimasuki air tetapi air mula surut selepas hujan berhenti.
Salah seorang penghuni sebuah rumah yang terjejas di kawasan Kampung Katok berkata, air banjir telah memasuki ke bahagian dapur dan perkarangan rumahnya di mana air mula surut setelah hujan berhenti kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Menurutnya lagi, ketika hendak pulang ke rumah kira-kira pukul 11 malam, beliau mendapati jalan menuju ke rumahnya iaitu Jalan Tungku telah ditenggelami air dan terdapat beberapa buah kenderaan yang terkandas oleh air banjir kilat berkenaan.
Di samping itu, beliau juga mendapati beberapa buah rumah di kawasan menuju ke rumahnya juga telah dimasuki air banjir.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.