LOS ANGELES, 16 NOV – Pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir di beberapa kawasan sekitar Los Angeles pada Sabtu apabila hujan lebat dan angin kencang melanda selatan California.
Perkhidmatan cuaca Los Angeles menggesa penduduk supaya berwaspada, terutama di kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan pada Januari lalu.Penduduk di kawasan terlibat turut dinasihatkan supaya segera berpindah sekiranya berlaku kecemasan. Perbandaran Santa Monica menasihatkan orang ramai mengelakkan perjalanan tidak penting dan tidak menggunakan jalan yang ditenggelami air dalam apa jua keadaan.
Beberapa sungai dan anak sungai di California dilaporkan melimpah, manakala beberapa jalan di kawasan paling terjejas terpaksa ditutup.
Hujan lebat boleh menjadi lebih berbahaya selepas kebakaran hutan apabila tanah menjadi gondol. Pada 2018, kebakaran hutan di kawasan Santa Barbara disusuli hujan lebat yang mencetuskan banjir lumpur, memusnahkan ratusan rumah dan meragut lebih 20 nyawa. – Bernama

