Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat di China, sejuta penduduk dipindahkan

    ISTANBUL, 4 OGOS – Pihak berkuasa China memindahkan lebih 1.2 juta penduduk susulan hujan lebat yang melanda wilayah Hebei.

    Hujan lebat sejak minggu lalu yang dicetuskan oleh Taufan Doksuri menyebabkan wilayah itu dilanda banjir, menyebabkan kira-kira 857,200 orang terpaksa berpindah, lapor Agensi Anadolu.

    Lebih 4,700 pasukan penyelamat yang terdiri lebih daripada 100,000 anggota telah dikerahkan untuk membantu operasi menyelamat.

    Hujan lebat menyebabkan 20 orang terkorban, 11 daripadanya dilaporkan di Beijing dan 19 lagi masih hilang.

    Seorang doktor yang berasal dari Bangladesh Nazmus Sakib menyifatkan banjir yang berlaku kali ini sebagai ‘mengerikan’.

    “Saya telah menetap di China selama 13 tahun dan belum pernah melihat hujan seperti itu,” kata Sakib kepada penyiar CGTN.

    Askar dan helikopter tentera turut dikerahkan untuk membantu misi mencari dan menyelamat.

    Pihak berkuasa memperuntukkan kira-kira AS$15 juta untuk menangani bencana itu. – Bernama

    Para penduduk dipindahkan menggunakan bot keselamatan meredah air banjir di Zhuozhou, wilayah Hebei utara China, selatan Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda