Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat di Jepun sebabkan banjir, tanah runtuh jejas ratusan orang

    TOKYO, 26 JULAI – Hujan lebat melanda utara Jepun Khamis, mencetuskan banjir dan tanah runtuh, mengganggu sistem pengangkutan dan memaksa ratusan penduduk berteduh di kawasan lebih selamat.

    Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran kecemasan hujan lebat untuk beberapa majlis perbandaran di wilayah Yamagata dan Akita, di mana udara panas dan lembap mengalir.

    Perdana Menteri, Fumio Kishida menggesa penduduk kawasan yang terjejas supaya mengutamakan keselamatan dan memberi perhatian kepada maklumat terkini daripada pihak berkuasa.

    Menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana, seorang telah hilang di bandar Yuzawa, di wilayah Akita selepas dilanda tanah runtuh di tapak pembinaan jalan raya.

    Pekerja penyelamat di bandar itu memindahkan 11 orang dari kawasan banjir dengan bantuan bot.

    Di wilayah Yamagata yang bersebelahan, hujan lebih daripada 10 sentimeter turun di bandar Yuza dan Sakata yang paling teruk dilanda dalam masa sejam.

    Ribuan penduduk di kawasan itu dinasihatkan supaya berteduh di kawasan yang lebih tinggi dan selamat, tetapi tidak diketahui berapa ramai yang mengikuti nasihat itu.

    Perkhidmatan kereta api peluru Yamagata Shinkansen sebahagiannya diberhentikan kelmarin, menurut Syarikat Kereta Api Jepun Timur.

    Agensi itu meramalkan sehingga 20 sentimeter lebih banyak hujan di rantau ini sehingga petang hari ini, menggesa penduduk untuk terus berhati-hati. – AP

    Kenderaan polis dilihat terbalik berikutan hujan lebat di Shinjo, Jepun hari ini. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda