Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat di selatan China ragut 19 nyawa

    GUANGZHOU, 12 JUN – Kira-kira 19 orang maut selepas hujan lebat menyebabkan banjir di selatan China, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

    Di wilayah autonomi Guangxi Zhuang, hujan lebat selama seminggu telah mencetuskan banjir di enam bandar, yang meragut 12 nyawa dan menjejaskan lebih 570,000 orang, kata jabatan pengurusan kecemasan serantau dalam makluman terkini pada petang kelmarin. Banjir telah meruntuhkan lebih 1,300 rumah dan merosakkan 33,500 hektar tanaman, menurut jabatan itu. Biro meteorologi serantau telah meramalkan hujan lebat antara malam Selasa dan Khamis. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda