KIGALI, 30 April – Sembilan orang terbunuh dan dua lagi hilang di barat Rwanda pagi hari ini disebabkan hujan lebat yang berterusan menjejaskan negara itu, menurut pegawai setempat hari ini.
Mangsa-mangsa menemui ajal mereka apabila rumah mereka roboh dan menimbus mereka di bawah runtuhan di tiga kejadian berasingan di Daerah Ngororero, yang disebabkan hujan turun tanpa henti bermula hari Ahad jam empat pagi waktu setempat hingga pagi Isnin, jelas ketua daerah Godfrey Ndayambaje kepada media.
Mangsa terdiri daripada lapan kanak-kanak, jelasnya. Dua penduduk masih hilang selepas tanah susur menghempap rumah mereka.
Misi menyelamat masih dijalankan bagi kedua-dua mangsa yang hilang.
Bermula Mac hingga 27 April, bencana yang berpunca dari hujan lebat telah mengorbankan 95 orang, sementara mecederakan 195 yang lain di beberapa bahagian berbeza negara itu, menurut statistik yang diterbitkan oleh Kementerian Pengurusan Bencana.
Sekurang-kurangnya 4,560 hektar kebuh musnah, 370 buah rumah rosak sementara 700 haiwan domestik terbunuh dalam tempoh yang sama, menurut statistik itu lagi.
Kementerian itu menyatakan bahawa bencana utama yang menyebabkan kematian adalah kilat dan tanah susur. – Xinhua