Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hujan lebat landa selatan India

    INDIA, 4 DIS – Hujan lebat melanda bandar Chennai di selatan India hari ini dan dijangka akan berlaku ribut. Ribut Michaung dijangka melanda pantai negeri Andhra Pradesh pagi esok dengan angin selaju 90-100 kilometer (55-62 batu) sejam dan pusaran hingga 110 km/j, lapor Jabatan Meteorologi India (IMD).

    Di Tamil Nadu, lapangan terbang di ibu negeri Chennai dijangka ditutup sehingga Isnin malam, lapor media tempatan, setelah hujan lebat melanda bandar itu.

    IMD mengeluarkan amaran kepada nelayan di kawasan itu untuk menghentikan operasi, memperingatkan tentang ‘kerosakan besar’ yang dijangka membadai pondok di sepanjang pantai.

    Pokok-pokok tumbang dan kenderaan dihanyutkan akibat hujan lebat, menurut imej yang dipos di media sosial.

    Polis juga memaparkan imej para penyelamat menyelamatkan orang dari kawasan yang banjir. – AFP

    Orang berjalan meredah banjir selepas hujan lebat di sepanjang pantai Teluk Bengal di Chennai, India, 4 Disember 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...