ISLAMABAD, 14 JULAI – Hujan lebat dan banjir kilat meragut kira-kira 104 nyawa dan mengakibatkan kecederaan kepada lebih 200 orang di seluruh Pakistan antara 26 Jun hingga 12 Julai, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) kelmarin, lapor agensi berita Xinhua. Dalam tempoh 24 jam lepas sahaja, enam orang dilaporkan maut dan 15 lagi cedera

