Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat pecah rekod jejaskan Lahore

    LAHORE, PAKISTAN, 1 OGOS – Bandar budaya Pakistan, Lahore menyaksikan turunan hujan tertinggi pada awal hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut, membanjiri jalan-jalan, mengganggu lalu lintas dan menjejaskan kehidupan normal, kata pegawai-pegawai.

    Hujan lebat bermula sebelum subuh dan dijangka berterusan selama seminggu pada selang waktu, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara. Dalam satu nasihat, ia berkata hujan berkemungkinan menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh. Hujan monsun juga melanda ibu negara Pakistan, Islamabad, dan kawasan-kawasan lain.

    Hujan terbaharu di Lahore itu begitu lebat sehingga membanjiri banyak jalan dengan cepat dan air hujan memasuki beberapa wad di hospital-hospital Jinnah and Services di ibu kota wilayah Punjab, menyebabkan masalah kepada pesakit-pesakit yang menjalani rawatan di sana.

    Sekurang-kurangnya seorang maut selepas terkena renjatan elektrik di kawasan kejiranan Koloni Nishat, kata polis.

    Beberapa kawasan di bandar itu menerima rekod tertinggi 353 milimeter hujan dalam beberapa jam, memecahkan rekod 44 tahun di Lahore, menurut agensi air dan sanitasi.

    Dalam satu kenyataan, ia berkata bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengepam air hujan dari jalan-jalan utama. – AP

    Penunggang motosikal meredah jalan yang dinaiki air akibat hujan monsun lebat di Lahore, Pakistan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda