Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hujan lebat, puluhan ribu dipindah

    BEIJING, 30 JULAI – Puluhan ribu orang dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi di Beijing dan sebuah lagi bandar di utara ketika sebahagian besar China dilanda hujan lebat hari ini.

    Ribut Doksuri telah melanda utara China sejak Jumaat, apabila ia bergerak ke wilayah selatan Fujian selepas membadai Filipina sebagai taufan.

    Ibu negara China dan wilayah sekitarnya dilanda hujan lebat pada hujung minggu, dengan pegawai memberi amaran tentang keadaan yang berpotensi berbahaya termasuk banjir, sungai melimpah dan tanah runtuh.

    Lebih 27,000 orang di kawasan berisiko tinggi di Beijing telah dipindahkan dan 20,000 lagi telah di-pindahkan dari sebahagian wilayah jiran, ibu negeri Hebei, Shijiazhuang, kata media kerajaan.

    Beratus-ratus juta orang di utara China, termasuk di Beijing, masih diletak di bawah amaran merah tahap tertinggi untuk hujan lebat sehingga sekurang-kurangnya petang Isnin.

    Amaran itu meliputi 22 juta penduduk Beijing dan 14 juta penduduk Tianjin serta sebahagian wilayah Hebei, Shanxi, Shandong dan Henan.

    Ia adalah kali pertama sejak 2011 amaran hujan lebat seperti itu dikeluarkan, menurut media tempatan.

    Pihak berkuasa China telah mengambil langkah hati-hati dengan hujan lebat sejak banjir teruk pada 2021 mengorbankan lebih 300 orang di tengah China, terutamanya di bandar Zhengzhou. – AFP

    Penduduk menggunakan patung ketika hujan di Beijing kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...