CHANGSHA, 22 MEI – Hujan lebat melanda beberapa bahagian di Wilayah Hunan, Tengah China, bermula semalam hingga menyebabkan banjir dan mendorong pemindahan penduduk, lapor Xinhua.
Hujan lebat melanda bandar Zhangjiajie dan Changde di Hunan dengan hujan yang amat lebat dilaporkan di beberapa bahagian Daerah Cili di Zhangjiajie dan Daerah Taoyuan di Changde, yang menyebabkan banjir.
Di Kampung Shejiaping, Daerah Taoyuan, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir menjelang pagi tadi. Pihak berkuasa tempatan mengatur pemindahan penduduk di kawasan berisiko. – Bernama
