PATNA, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 100 terbunuh di utara India sejak tiga hari lalu susulan hujan lebat luar biasa pada akhir musim tengkujuh yang menenggelamkan jalan raya, wad dan rumah, kata pegawai hari ini.
Berpuluh-puluh bot telah digunakan untuk berkhidmat di jalan raya yang dilimpahi air hujan di Patna, ibu negeri Bihar, selepas hujan yang turun sangat lebat berbanding daripada de-ngan hari-hari biasa.
Sekurang-kurangnya seramai 27 maut di seluruh negeri itu dan 63 lagi di Uttar Pradesh sejak Jumaat lalu, kata pihak berkuasa.
Dengan lebih banyak hujan diramalkan akan turun, pakar cuaca berkata September akan berakhir sebagai bulan paling lembap dalam masa lebih 100 tahun.
Patna sahaja merekodkan kira-kira 226 milimeter hujan sejak Jumaat,” kata pegawai tindak balas bencana Bihar, M Ramachandru.
Gambar menunjukkan pesakit terbaring di atas katil hospital dalam air hujan kotor di Kolej Perubatan dan Hospital Nalanda di Patna.
Hujan lebat juga turun di selatan India dan di negeri Gujarat di barat negara itu.
Musim hujan tahunan selalunya berlaku dari Jun hingga September.
Dengan Jabatan Kaji Cuaca India, hari ini meramalkan hujan lebat di 15 negeri, musim tengkujuh tahun ini akan berakhir sebagai yang paling lembap sejak 1917. — AFP