Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat sebabkan tanah runtuh di Kota Kinabalu

    KOTA KINABALU, 15 SEPT – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi mengakibatkan berlakunya banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan sekitar pusat bandar raya ini.

    Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tanah runtuh di Kampung Unggun Jaya, Sepanggar pada jam 6.19 pagi.

    “Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang. Komander operasi mengarahkan keluarga terlibat berpindah ke kawasan lebih selamat sebelum anggota bomba bertindak memotong pokok tumbang yang menghalang lalu lintas menggunakan gergaji berantai,” menurut kenyataan itu.

    Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam hantaran di Facebook memaklumkan berlaku kejadian cerun runtuh di Jalan Tun Fuad Stephen. Papan tanda amaran telah dipasang, namun laluan berkenaan masih boleh dilalui. – Bernama

    Hujan lebat sebabkan tanah runtuh di Kota Kinabalu. – GAMBAR JBPM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda