Wednesday, July 23, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan, angka korban meningkat kepada 19 orang

    SEOUL, 22 JULAI – Satu lagi kematian disahkan berikutan hujan lebat dan kejadian tanah runtuh minggu lepas, menjadikan jumlah korban terkini meningkat kepada 19 orang, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan kerajaan hari ini.

    Sembilan lagi penduduk masih dilaporkan hilang, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut atau belum ditemukan akibat hujan lebat antara Rabu hingga Ahad lepas kepada 28 orang, menurut data awal Kementerian Dalam Negeri.

    Mangsa yang terkorban termasuk 10 di daerah selatan Sancheong, tiga di daerah utara Gapyeong dan dua di bandar barat Seosan, menurut kementerian. Empat daripada mangsa yang hilang dilaporkan di Sancheong manakala empat lagi di Gapyeong.

    Pihak berkuasa telah mempercepat usaha pemulihan, dengan kira-kira 2,976 daripada 6,752 bangunan dan kemudahan yang rosak telah menjalani kerja pemulihan kecemasan. – Bernama

    Tiang elektrik tumbang pada jalan yang rosak di sepanjang sungai akibat hujan lebat di daerah Gapyeong pada 20 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda