COLOMBO, 17 OKT – Hujan lebat melebihi 100 milimeter (mm) diramal berlaku di sebahagian kawasan di Sri Lanka dalam tempoh beberapa hari akan datang, menurut Jabatan Meteorologi, hari ini.
Hujan lebat melebihi 100 mm dijangkakan berlaku di beberapa tempat di wilayah Uva, Sabaragamuwa dan bahagian tengah negara ini, lapor Xinhua memetik kenyataan jabatan itu.
Selain itu, hujan turut diramal berlaku di kawasan pantai di wilayah barat, selatan dan timur, serta daerah Mannar dan Jaffna pada waktu pagi. – Bernama
