Monday, March 31, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan redakan kebakaran Korea Selatan, kematian meningkat

    YEONGDEOK, 28 MAC – Hujan semalaman membantu memadamkan sebahagian daripada kebakaran hutan terburuk di Korea Selatan ketika jumlah kematian akibat kebakaran yang belum pernah berlaku dan telah berlarutan sehingga hampir seminggu meningkat kepada 28 orang, kata pihak berkuasa pada hari ini.

    Lebih daripada 12 kebakaran telah memusnahkan kawasan yang luas di tenggara negara itu, merosakkan sebuah kuil purba dan kira-kira 37,000 orang terpaksa berpindah.

    Kebakaran hutan itu menyekat jalan raya dan memutuskan talian komunikasi, menyebabkan penduduk melarikan diri dalam keadaan panik ketika bola api jatuh ke atas kereta yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

    Api dimarakkan oleh angin kencang dan keadaan cuaca yang amat kering, dengan kawasan tersebut mengalami hujan di bawah purata selama beberapa bulan, selepas Korea Selatan mencatatkan tahun terpanas dalam rekod pada 2024.

    Lim Sang-seop, Ketua Perkhidmatan Hutan Korea berkata kebakaran utama di wilayah Gyeongsang Utara, yang bermula sekitar tengah hari Sabtu lalu, berjaya dipadamkan petang hari ini. – AFP

    Marin ROK mencari sisa bara kebakaran hutan yang tinggal di Yeongdeok pada 28 Mac 2025. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda