Thursday, March 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan, salji reda kebimbangan kebakaran hutan terburuk di Jepun

    OFUNATO, 5 MAC – Jepun sedang berdepan kebakaran hutan terburuk dalam tempoh setengah abad hari ini di kawasan yang mengalami hujan paling rendah dalam sejarah, namun cuaca basah memberikan harapan keadaan akan menjadi lebih baik.

    Kebakaran di sekitar bandar utara Ofunato telah berlanjutan lebih seminggu, mengorbankan seorang mangsa dan memaksa hampir 4,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

    Api telah memusnahkan sekitar 2,900 hektar, menjadikannya kebakaran hutan terbesar sejak sekurang-kurangnya tahun 1975, apabila 2,700 hektar tanah terbakar di Hokkaido.

    Asap putih tebal berkepul dari kawasan pergunungan meskipun hujan dan salji turun hari ini, menurut wartawan AFP. Ramalan cuaca menjangkakan lebih banyak hujan sehingga Khamis.

    “Kebakaran itu seperti sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Api menjulang tinggi dan merebak dengan pantas,” kata Mitsuo Otsubo, 85, yang melarikan diri ke rumah saudaranya. – AFP

    Seorang wanita berjalan melintasi khemah-khemah yang didiami penduduk yang dipindahkan dari rumah mereka akibat kebakaran hutan, di pusat pemindahan di bandar Ofunato, wilayah Iwate, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda