LOS ANGELES – Sungai atmosfera kesembilan semasa ribut musim sejuk selama tiga minggu berpusar-pusar di California kelmarin, menyebabkan pemanduan di kawasan pergunungan menjadi bahaya dan tinggi berisiko berlakunya banjir berhampiran sungai walaupun cuaca cerah di beberapa buah kawasan. Salji lebat turun merentasi Sierra Nevada dan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan tidak menggalakkan orang awam untuk melakukan perjalanan.

