BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Melayu Islam Beraja (MIB) merupakan identiti orang Melayu Brunei yang sudah lama diperjuangkan sehingga ke hari ini. Dengan melaksanakan hukum syariah di Negara Brunei Darussalam, ia membuktikan bahawa Brunei sebagai sebuah negara Islam yang akan sentiasa mengangkat tinggi kedudukan Islam. Perkara ini ditekankan oleh Ketua Hakim Syari’e, Yang Berhormat