Sunday, November 10, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukuman ke atas 8 tentera laut dikurangkan

    NEW DELHI, 28 DIS – Kementerian Luar India berkata, hari ini Qatar telah mengurangkan hukuman ke atas lapan orang bekas anggota tentera laut, yang dilaporkan ditangkap kerana mengintip untuk Israel dan dikenakan hukuman mati.

    Media India melaporkan lapan warga India itu antaranya bekas pegawai berpangkat tinggi, termasuk kapten yang pernah memerintah kapal perang telah ditangkap di Doha pada Ogos 2022.

    Pada Oktober lalu, India berkata ia ‘terkejut’ selepas mahkamah Qatar menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

    Hari ini, Kementerian Luar Negeri berkata, hukuman telah dikurangkan, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Qatar tidak mengulas mengenai kes itu dan pertuduhan tidak didedahkan kepada umum.

    Duta besar India dan ahli keluarga berada di mahkamah untuk pendengaran rayuan, kata New Delhi.

    Lapan orang lelaki itu adalah pekerja Al Dahra, sebuah syarikat yang berpangkalan di Teluk yang menawarkan terhadap ‘bantuan lengkap’ kepada sektor aeroangkasa, keselamatan dan pertahanan, menurut laman webnya.

    Akhbar Hindu melaporkan lelaki itu mengintip untuk ‘negara ketiga,’ manakala Times of India pula berkata mereka dituduh mengintip untuk Israel.

    Walau bagaimanapun, kerajaan Israel enggan mengulas mengenai kes itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda