Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukuman kes curi, khianat ditangguhkan

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, menangguhkan hukuman ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah terhadap dakwaan mencuri dan melakukan khianat.

    Timbalan Pendakwa Raya Syafina Abdul Hadzid dan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Ariffin Ismail dalam pendakwaannya menyatakan bahawa Abdul Qayuum bin Haji Mohd Rahim @ Joey mencuri mesin daftar tunai mengandungi $150 dari sebuah kiosk di Gadong pada 10 malam, 14 Julai lalu. Pendakwaan berkenaan membawa tambahan hukuman denda.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan tarikh 3 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda