Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukuman lelaki penyebab kebakaran dikekalkan

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Seorang lelaki yang menyebabkan kebakaran pada Bangunan Halimatul Saadiah, Gadong, dalam kejadian 4 April lalu, terpaksa akur dengan hukuman enam tahun penjara apabila rayuannya untuk pengurangan hukuman diketepikan Mahkamah Rayuan.

    Hakim Michael Peter Burrell yang bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Hakim Michael Lunn menganggap kes Ahmad bin Haji Tamim tidak mempunyai merit malah mendapati ia lebih kepada faktor-faktor yang memburukkan, yang mana dia pergi ke bangunan itu pada awal pagi dan menyalakan api menggunakan sebotol minyak tanah pada sebuah pondok jualan.

    Tiga panel hakim menyifatkan perbuatan Ahmad sememangnya dirancang dan didorong oleh dendam.

    Akibat kesalahannya, lebih 100 orang yang mendiami premis itu dipindahkan.

    Anggaran kos pembaikan untuk bangunan itu ialah $134,800.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda