Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hukuman mati bagi pembunuh duta Itali

    KINSHASA, 8 MAC – Dalam sidang dakwaan di ibu negara Kinshasa hari ini, pendakwa dalam kes pembunuhan duta Itali di Congo memohon hukuman mati untuk enam individu yang dituduh.

    Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, negara Afrika Tengah ini telah mengamalkan moratorium de facto ke atas hukuman mati sejak tahun 2003, tetapi mahkamah masih menjatuhkan hukuman mati.

    Luca Attanasio, bekas duta Itali ke Congo, merupakan antara tiga orang yang terbunuh pada 22 Februari 2021 apabila konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diserang di timur negara yang bergejolak itu.

    Mereka yang terkorban lain ialah pemandu Mustapha Milambo dan pegawai polis Itali, Vittorio Iacovacci.

    Pada Khamis, pendakwa tentera Bamusamba Kabamba memberitahu mahkamah bahawa mangsa telah diculik dan diheret ke dalam hutan sebelum dibunuh.

    Dia memohon hukuman mati bagi semua enam lelaki yang dituduh dalam kes itu.

    Lima daripada mereka ditahan di penjara di Kinshasa manakala yang lain masih lagi bebas.

    Dalam perbicaraan sebelum ini, pihak pendakwa berpendapat penjenayah yang awalnya hanya bermaksud untuk menculik dan kemudiannya merancang untuk menuntut tebusan sebanyak $1 juta.

    Bagi defendan yang ditangkap pada Januari 2022, dia menafikan sebarang kesalahan dan menyatakan pengakuan awal mereka itu diperolehi melalui penyeksaan dari pihak berkuasa.

    Keputusan akhir dijangka dikeluarkan pada tarikh yang belum ditentukan.

    Kawasan timur Congo kebanyakannya dijadikan mangsa oleh kumpulan bersenjata, banyak daripadanya merupakan peninggalan peperangan serantau pada akhir 1990an dan awal 2000an. – AFP

    Gambar pada 23 Februari 2021, pekerja lapangan terbang Goma dan askar Itali memasukkan keranda Duta Itali yang terbunuh dan seorang pegawai polis Itali ke dalam pesawat Tentera Udara Itali di Lapangan Terbang Goma di Goma. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...