Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Mahkamah Rayuan pada 23 November lalu telah mengurangkan hukuman terhadap seorang lelaki yang mencuri di masjid selepas mengambil kira prinsip keseluruhannya. Hukuman penjara 42 bulan serta dua kali sebatan terhadap Muhammad Shahriman bin Rahman telah disemak semula kepada 32 bulan penjara serta dua kali sebatan.