ALGIERS, 29 JAN – Mahkamah di Algeria mengekalkan hukuman penjara kepada dua bekas perdana menteri, kata sumber kehakiman semalam, lapor agensi Anadolu.
Mahkamah mengekalkan hukuman penjara 15 tahun kepada Ahmed Ouyahia dan Abdelmalek Sellal pula dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, kedua-duanya pernah berkhidmat di bawah bekas presiden Abdelaziz Bouteflika. – Bernama