Oleh Fadley Faisal –
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Mahkamah Rayuan semalam menolak rayuan Awangku Haji Adey Nazli bin Pengiran Haji Ismail, mengekalkan hukuman keseluruhan atas beberapa siri kesalahan keganasan dan berkaitan dadah.
Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong, bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Edward Timothy Starbuck Woolley, meneliti keadaan kes di mana perayu menghadapi pertuduhan-pertuduhan dari Oktober 2021 hingga Mei 2022.
Tuduhan termasuk mengambil ‘Ais’ (methylamphetamine), menyerang menggunakan paip logam, melanggar peraturan lalu lintas, mencederakan dengan menggunakan senjata tajam dan membakar rumah.
Pada mulanya mengaku bersalah atas semua pertuduhan, perayu kemudiannya membantah dua pertuduhan, iaitu mencederakan seorang lelaki dengan pisau dan membakar.
Rayuannya diterima selepas perbicaraan semula selanjutnya.

Seperti yang diperincikan oleh Pendakwa raya Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli, insiden itu mendedahkan perilaku yang berbahaya, termasuk pergaduhan berpunca daripada kemarahan terhadap pemandu jalan raya dan serangan seterusnya, serta membakar rumahnya berikutan konfrontasi lain.
Dalam menyampaikan keputusan, Mahkamah Rayuan menyifatkan perayu sebagai ‘berbahaya kepada pengguna jalan raya’ dan menekankan sejarahnya yang pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah serta kecenderungan menjadi ganas.
Sabitan-sabitan terdahulu perayu, sejak 2000, menunjukkan bahawa dia tidak menghiraukan undang-undang.
Mahkamah mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rendah, termasuk pen-jara dua tahun dan dua sebatan kerana mengakibatkan kecede-raan dengan senjata tajam, tiga tahun penjara dan enam sebatan kerana membakar, tiga tahun penjara kerana mengambil dadah, dua bulan penjara kerana menyerang dengan paip logam dan denda berjumlah $2,250 atas pelbagai kesalahan lalu lintas, dengan hukuman penjara tambahan jika gagal membayarnya.
Meskipun dengan keadaan kesihatan perayu dan situasi keluarga, mahkamah menganggap
hukuman itu sesuai dan perlu demi melindungi orang awam.
Dengan permohonannya untuk kebenaran merayu difailkan lewat 11 bulan, mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuan itu, menyebabkan ia ditolak.

