Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Seorang pesalah rogol membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi kes terbaharunya apabila Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menyemak semula dan meningkatkan hukuman perayu kepada penjara 30 tahun.
Lelaki berusia 56 tahun itu, yang identitinya dirahsiakan bagi melindungi mangsa daripada dikenal pasti, kali terakhir disabitkan atas kesalahan merogol selepas dibicarakan pada 31 Ogos 2019 yang menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun enam bulan.
Mangsa yang juga merupakan cucunya itu berusia sembilan tahun ketika kesalahan berlaku di rumah keluarga mereka.

(Klik di sini untuk berita lanjut)

