Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukuman pesalah dikurangkan

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Mahkamah Rayuan mengurangkan tempoh hukuman penjara 46 bulan kepada tiga tahun empat bulan terhadap seorang pesalah yang melakukan pecah masuk rumah dan curi.

    Hakim Michael Peter Burrell yang bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Hakim Michael Lunn memutuskan untuk mengurangkan hukuman Umjah bin Mohd Salleh selepas membuat semakan semula hukuman.

    Umjah pada 4 Disember 2018 mengaku bersalah kerana memecah masuk rumah dan tiga tuduhan melakukan curi di sebuah rumah di Kampung Serasa sekitar November 2018, yang mana dia dijatuhi 46 bulan penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Perantaraan.

    Ketiga-tiga hakim bersependapat, hakim yang menjatuhi hukuman ketika itu telah membuat keputusan tanpa mengambil kira prinsip-prinsip keseluruhannya.

    Ketiga-tiga hakim bagaimanapun mengekalkan hukuman sebat ke atas pesalah.

    Rayuan untuk mendapatkan pengurangan hukuman dibuat isteri pesalah dengan memberi sebab ketiadaan pesalah menyukarkan lagi keadaan mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda