Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukuman pesalah palsu dokumen dikurangkan

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah seorang pesalah atas pertuduhan memalsukan dokumen namun membenarkan tempoh hukumannya dikurangkan kepada dua tahun lapan bulan penjara.

    Aliuddin bin Haji Ali Mustapha sebelum ini dijatuhi tiga tahun penjara selepas didapati bersalah memalsukan dokumen.

    Pesalah ditahan pegawai imigresen di kawasan Jalan Kebangsaan pada 12 Jun 2014 dan siasatan ke atas keretanya menemukan beberapa pasport, cop ketibaan, cop di bawah nama Sin Boon Enterprise, Emelle Beauty Salon & Massage dan cop imigresen Sarawak, Malaysia.

    Tiga panel hakim yang bersidang iaitu Michael Peter Burrell, Conrad Seagroatt dan Michael Lunn bersependapat bahawa hakim yang mengendalikan kes pesalah telah mencapai kesimpulan yang betul dengan mensabitkan kesalahan terhadap pesalah dengan mempertimbangkan bukti semasa menjatuhkan hukuman.

    Ketiga-tiga hakim hanya membenarkan pengurangan hukuman terhadap pesalah dengan memetik ‘kelewatan empat tahun dalam menyelesaikan perbicaraan’ yang mana pesalah hanya menerima hukumannya pada 23 Oktober 2018.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda