Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hukuman pesalah seksual dikurangkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Rayuan pesalah seksual untuk pengurangan hukuman berjaya apabila Mahkamah Rayuan melihatnya sebagai keterlaluan dalam prinsip keseluruhannya.

    Hukuman penjara enam tahun enam bulan dengan tiga kali sebatan terhadap Khairul Bashar disemak semula kepada empat tahun penjara dengan dua kali sebatan.

    Presiden Mahkamah Rayuan Michael Peter Burrel, dibantu oleh Hakim Michael Lunn dan Conrad Seagroatt, pada 22 November lepas mengatur semula urutan hukuman individu terhadap pertuduhan sambil mengambil kira pengakuan bersalah Khairul Bashar dan rekod yang bersih.

    Mahkamah Rayuan dan mahkamah yang menjatuhkan hukuman turut memerhatikan faktor yang memburukkan kes dalam membuat keputusan.

    Empat pertuduhan terhadap Khairul Bashar menyatakan dia telah mencabul kehormatan dan mengambil gambar lucah remaja perempuan berusia 12 tahun yang mempunyai IQ rendah, di dalam tandas awam di Pasar Tani Selayun selama beberapa hari pada bulan November 2020.

    Kes itu terbongkar setahun kemudian apabila gambar itu tular di media sosial, menyebabkan dia ditangkap.

    Mahkamah Rayuan mendapati hukuman dalam keputusan akhir adalah berlebihan dan meminda pengiraan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi mewakili pendakwa raya sebagai responden dalam permohonan itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda