Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Kesusahan keluarga yang disebabkan oleh pemenjaraan tidak wajar dijadikan alasan bagi sebarang pertimbangan untuk pengurangan hukuman pesalah.
Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong menegaskan perkara tersebut semasa menolak permohonan pesalah yang disabit bersalah memiliki senjata tanpa lesen pada 2 Oktober lalu.
Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong menegaskan perkara tersebut semasa menolak permohonan pesalah yang disabit bersalah memiliki senjata tanpa lesen pada 2 Oktober lalu.
Norfadzillah bin Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara enam tahun enam bulan dengan tiga kali sebatan pada perbicaraan 3 Jun lalu kerana memiliki dua senapang buatan sendiri.
Timbalan Pendakwa Raya Nor’adliatul Hidayah Haji Mohd Zaidi selaku responden berkata, Norfadzillah ditahan oleh pegawai BKN Narkotik yang menyerbu rumahnya di Jalan Kecil Birau pada 11 Januari 2021.
Norfadzillah berkata, dia berjaya memasang senapang itu dengan bantuan rakan warga Indonesia dan menggunakan senapang itu untuk berburu.
Pada rayuan berkenaan, Ketua Hakim Negara menekankan penafian Norfadzillah, tindakannya memiliki dua senjata itu sebagai menimbulkan ancaman yang serius terhadap keselamatan awam yang semuanya memerlukan hukuman pencegahan.
