SHANGHAI, 1 Mac – Hulk dan Oscar dari Brazil adalah antara penjaring gol ketika pasukan dari Australia disingkirkan dari Liga Juara-Juara Asia semalam.
Shanghai SIPG membenam juara 2014, Western Sydney Wanderers 5-1, sementara Brisbane Roar berada dalam kedudukan lebih teruk tewas 6-0 kepada Ulsan Hyundai.
Hulk yang menjaringkan gol bagi membantu pasukannya menewaskan FC Seoul 1-0 minggu lalu, sekali lagi menjaringkan gol menerusi tandukan minit ketiga hasil hantaran silang Zhang Wei untuk memberikan hos kelebihan awal dalam aksi Kumpulan F.
Shanghai melanjutkan pendahuluan pada minit ke-17 menerusi bekas bintang Chelsea, Oscar, yang rembatan kaki kanannya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Sydney, Jerrad Tyson.
Sydney memberikan respons menerusi Mitch Nichols pada minit ke-20, tetapi terjejas selepas itu apabila Shanghai dan bintang mereka dari Brazil menguasai permainan.

Pemain pertahanan Shi Ke memberikan pendahuluan 3-1 buat Shanghai dan Hulk sekali lagi pada minit ke-27 dengan umpanan kepada pemain Brazil Elkeson untuk menukar kedudukan menjadi 4-1.
Wu Lei melengkapkan kemenangan Shanghai, tetapi masih mengekori Urawa Red Diamonds menerusi perbezaan jaringan selepas pasukan dari Jepun itu juga berjaya menyingkirkan FC Seoul 5-2 dalam Kumpulan F.
Berikutan kemenangan 4-0 ke atas Western Wanderers minggu lalu, pasukan dari Jepun itu dengan segera mengawal permainan dengan Yuki Muto dan Tadanari Lee menjaringkan gol selepas 11 minit bermula.
Bagaimanapun, jaringan penamat adalah dari Park Chu-Young yang menyumbat gol menerusi sepakan percuma.
Tetapi Sekine, Ugajin dan Yoshiaki Komai menambah gol Urawa pada babak pertama yang padat dengan aksi berakhir dengan kedudukan 5-1.
Pemain gantian Dejan Damjanovic menjaringkan satu gol sagu hati pada minit ke-92 bagi pasukan Seoul itu. – AFP