SHANGHAI, 28 Sept – Pemain penyerang dari Brazil, Hulk mencatatkan golnya yang kesembilan dalam Liga Juara-Juara Asia musim ini tetapi Shanghai SIPG gagal untuk memanfaatkan peluang mereka dalam perlawanan separuh akhir yang berkesudahan seri 1-1 menentang Urawa Red Diamonds semalam. Pasukan kendalian Andre Villas-Boas akan membuat perjalanan ke Jepun bagi perlawanan kedua pada 18 Oktober