SHANGHAI, 27 April – Penyerang dari Brazil, Hulk telah menjaringkan gol menarik ketika Shanghai SIPG kendalian Andre Villas-Boas menewaskan FC Seoul 4-2 untuk menempah slot ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC.
Dalam kemenangan ulangan ke atas pasukan lawan yang sama pada bulan Februari, Hulk melepaskan rembatan kaki kiri kencang bagi jaringan pembukaan SIPG pada minit ke-25.
Zhang Wei dan Wu Lei juga menemui sasaran sebelum Oscar, penandatangan rekod Asia, menambah gol keempat bagi membenam FC Seoul selepas dua jaringan mereka dibuat oleh Maurinho dan Park Chu-Young. Kemenangan itu meletakkan SIPG bersama dengan pesaing Kumpulan F, Urawa Red Diamonds, sementara pasukan dari Thailand, Muangthong United menewaskan Bribane Roar 3-0 untuk mara ke pusingan kalah mati buat pertama kali. Xisco menjaringkan gol pembukaan Muangthong pada minit ke-37, gol yang mengakhiri penglibatan penjaga gol Brisbane, Jamie Young, yang mengalami kecederaan selepas terlanggar gawang.
Chanathip ‘Messi Jay’ Songkrasi menewaskan dua pemain pertahanan dan sebelum melepasi penjaga gol gantian, Tomislav Bilic, pada minit ke-83 sebelum Teerasil Dangda menambah gol ketiga sebelum wisel penamat. – AFP