Hulur sumbangan melalui bank baiduri

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Para pelanggan Bank Baiduri kini dapat menyalurkan sumbangan untuk Tabung Bantuan COVID-19 dengan mudah melalui saluran digital apabila bank berkenaan memperkenalkan akaun semasa bagi tabung bantuan tersebut.

Mengulas mengenai inisiatif berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, “Kami berharap inisiatif ini dapat membantu memudahkan sumbangan ke arah Tabung Bantuan COVID-19. 

“Sebagai salah sebuah bank terkemuka di Brunei, kami bermatlamat untuk mengambil peranan dalam memerangi wabak ini dan menyokong usaha kerajaan bagi mencegah penularan pandemik. 

“Dengan inisiatif ini, dan masih banyak lagi yang akan datang, kami berharap dapat mempermudah pelanggan kami untuk menyumbang melalui Bank Baiduri,” jelas Ti Eng Hui lagi.

Para pelanggan boleh menghulurkan sumbangan dengan dua cara iaitu melalui fungsi Bill Payment pada Baiduri b.Digital Personal di mana segala pan-duan penggunaannya dapat dilihat melalui laman media sosial Bank Baiduri

Cara kedua adalah melalui ATM atau mesin deposit tunai Bank Baiduri dengan nombor akaun bagi Tabung Bantuan COVID-19 di bawah bank berkenaan adalah 00-13-555-458395.