Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hummels, Lewandowski tidak sehaluan

    BERLIN, 1 Mac – Mats Hummels dan Robert Lewandowski bertelagah sesama sendiri semasa sesi latihan hari ini selepas Hummels menuduh Lewandowski mempunyai masalah ‘sikap’, menurut laporan media.

    Bayern kini 19 mata di puncak Bundesliga tetapi tekanan semakin memuncak dalam kalangan pemain berstatus bintang itu untuk merebut kesebelasan utama.

    Cuaca di Munich berada di bawah paras beku di pusat latihan Bayern, Saebener Strasse ketika pertengkaran itu berlaku.

    Menurut akhbar harian German Bild, yang menghantar wartawannya ke sesi latihan Bayern, Hummels dan Lewandowski berperang mulut ketika perlawanan latihan.

    Apabila Lewandowski berhenti seketika untuk mengikat tali kasutnya dan membolehkan pasukan lawan menjaringkan gol, Hummels meluru ke arah bintang Poland yang juga rakan sepasukannya ketika latihan itu.

    Aksi Robert Lewandowski dan Mats Hum-mels selepas tamat perlawanan pada perlawanan yang lalu. Hummels menuduh Robert Lewandowski mempunyai masa-lah ‘sikap’ sewaktu bertelagah ketika sesi latihan kelmarin, menurut laporan media. – AFP

    “Lewy, kamu seriuskah? Kamu mengikat tali kasut? Tak guna!” jerit Hummels, yang pernah menjulang Piala Dunia 2014 bersama Jerman.

    Lewandowski membalas “Kamu yang kehilangan bola,” yang kemudiannya dibalas Hummels: “Ia satu kesilapan tetapi kamu ada masalah sikap.”

    Kedua-duanya terus berbalah dengan Lewandowski berkata: “Kamu selalu kehilangan bola dan banyak bercakap” dan Hummels menjawab: “Oh diamlah….”

    Kedua-duanya enggan meminta maaf dan sebaik perlawanan latihan itu selesai mereka tidak mengendahkan satu sama lain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda